ALBUM & DESIGN

CONTOH-CONTOH Design &  CONTOH Album .

Apakah beza di antara Sticky Album , Photobook Album & Custom Album ?Soalan ini sentiasa di tanya oleh pelanggan mengenai jenis-jenis Album. Setiap Album sebenarnya mempunyai Kelebihan dan Kekurangan nya Masing-masing. Setiap album juga mempunyai kualiti printing, material dan saiz yang berbeza-beza. Harga pula berbeza pada size cetakan album tersebut. Kebiasaannya Photobook & Custom Album mempunyai harga yang berbeza bergantung pada Saiz cetakannya.

CUSTOM ALBUM .

Kelebihan Album ini ialah menggunakan material yang tahan lasak dan lama berbanding dengan Album-album lain . Ia seperti dan setebal Mounting Board lebih kurang. Saiz dab harga pakej Album juga berbeza-beza mengikut permintaan pelanggan . Sebagai contoh saiz custom Album 8x12 = 8x24 ( size bukaannya ) dan 12x18 12x36 ( size bukaanya ) mempunyai harga yang berbeza.

Kelebihan Album ini juga editing + designnya berbeza dengan album sticky jika dibandingkan. Design dan editing adalah mengikut idea jurugambar atau si pen"design" nya sendiri. Gambar yang lebih besar di letakkan dalam satu-satu page dan sususan mengkikut kronologi majlis perkahwinan atau sebagainya. Gambar nya juga lebih detail dan jelas jika dibandingkan dengan album-album lain .

Kelebihan Album ini juga pada muka depan nya adalah menggunakan Cristal COver dan akan menamppakan ia lebih ekslusif .

Kekurangan Album ini adalah gambar yang di letakkan di dalam album ini amatlah terhad . Ini kerana kebiasaanya Custom Album hanyalah mempunyai 20-22 mukasurat sahaja. Gambar-gambar yang terbaik sahaja yg di rakam semasa majlis akan di masukkan ke dalam Album ini. Kebiasaanya jumlah gambar yg dapat di letakkan dalam album ini di antara 40-70pcs sahaja.

 Contoh Custom Album .









PHOTOBOOK ALBUM .

Kelebihan Photobook -

- Mempunyai 40 pages saiz contoh  8x12 ( saiz sebesar kertas A4) jika dibandingkan  custom hanya    
   20pages
- Muka Depan dan Belakang "Hard Cover " 
- Kertas yang digunakan jenis Glossy (berkilat ) dan Matte 
- Print dalam size besar lebih menarik jika di bandingkan dengan Sticky Album
- Design bergantung pada photogpher dan designer Album tersebut
- Jumlah Gambar yang dimasukkan dalam album photobook lebih banyak berbanding  custom Album
- Lebih Ringan jika dibandingkan dengan Custom Album

Kekurangan Photobook 

- Muka surat Nipis dan Mudah Terkoyak jika tidak di jaga dengan elok .
- Printing material kurang detail berbanding dengan Custom Album tapi  lebih baik dari Sticky Album

Contoh Photobook :



STICKY ALBUM .

Kelebihan Sticky Album.

- Jumlah gambar yg Banyak dapat di letakkan dalam Album ( 100-200pcs gambar size 4R )
- Ringan
- Kertas yang digunakan jenis Glossy (berkilat ) dan Matte 
- Gambar size 8RW dapat di letakkan dalam album .

 Kekurangan Sticky

- Hanya Gambar bersaiz 4R dan 8R sahaja dpt dimasukkan ke dalam album .
- Album mudah rosak ( helaian sticky album hanya ditampal dgn pelekat gambar dan  lama kelamaan ia akan terbuka dan gambar Mudah rosak).
- Suntingan gambar hanya pada beberapa gambar terpilih sahaja. ( contoh : gambar 8RW  dan hanya minor editing utk gambar2 tertentu .
- Tiada gambar di Muka hadapan dan belakang Sticky Album berbeza dgn Custom dan Photobook dimana muka hadapan dan belakang dpt diletakkan gambar-gambar pengantin .

Contoh Sticky Album :